Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, October 18, 2014

No Comment


PETALING JAYA – Pelakon Rozita Che Wan berkata tajaan bersalin untuknya oleh sebuah hospital di Ampang tidak melibatkan kos bernilai ratusan ribu ringgit dan ia sepatutnya tidak disensasikan.

Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta, 41, berkata, tawaran itu diterinya kerana menganggap ia adalah rezeki yang sudah ditentukan Allah untuk anak yang dikandungnya.

“Apa saya boleh cakap, saya sentiasa bersyukur terhadap rezeki anak yang saya kandung. Saya tidak tahu mengapa orang mempertikaikannya kerana kos yang ditaja itu tidak terlalu tinggi ataupun melibatkan nilai ratusan ribu ringgit.

“Saya percaya pihak hospital itu juga mempunyai cara mereka untuk membantu pesakit-pesakit lain yang memerlukan tetapi dengan cara berbeza,” ujarnya kepada mStar Online pada Jumaat.

Rozita berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan banyak pihak yang tidak berpuas hati selepas sebuah hospital swastya di Ampang dekat sini menawarkan pekej bersalin kelas pertama kepadanya.

Komen-komen di media sosial turut mempertikaikan kredibiliti hospital berkenaan yang seharusnya memberi tumpuan dalam membantu golongan yang lebih memerlukan.

Sementara itu, Rozita berkata, ia bukan satu-satunya tajaan yang diterima sepanjang sembilan bulan mengandung anak pertamanya hasil perkahwinan dengan pelakon Zain Saidin.

Katanya, terlalu banyak tajaan sehingga pihak pengurusaannya terpaksa memilih yang sesuai dan terbaik.

“Terlalu banyak tajaan yang datang sampai tidak larat nak terima sehingga pihak pengurusan terpaksa buat pilihan yang terbaik, namun saya faham ia sebagai promosi untuk mereka juga.

“Jadi kalau boleh memang saya ingin bantu mana yang termampu dan tidak tahu pula boleh timbul isu lain seperti ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rozita berkata dia kini sudah menghentikan semua aktiviti harian bagi menunggu kelahiran anaknya pada bila-bila masa dalam tempoh dua minggu ini.

Sementara itu pihak hospital berkenaan yang dihubungi enggan memberi penjelasan berhubung isu itu sebaliknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. – mStar Online

0 comments:

Post a Comment