Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 3, 2014

No Comment

PETALING JAYA – Lima lagi jenazah mangsa nahas pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 selamat tiba di perkarangan Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.40 pagi Jumaat.

Lima jenazah tersebut adalah Matthew Ezekial Sivagnanam, pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen, Meling Anak Mula dan Muhammad Afruz Tambi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hadir untuk memberikan penghormatan ketenteraan kepada lima jenazah tersebut seperti sebelum ini.

Daripada lima jenazah ini, tiga jenazah akan diterima dalam keranda, manakala dua jenazah (pasangan suami isteri-Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen)
akan dibawa dalam bekas abu.

Bekas abu Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen akan dibawa ke Nirvana Sungai Besi manakala jenazah Matthew Ezekial Sivagnanam pula akan dibawa ke St. Fatima Church di Brickfields.

Jenazah Muhammad Afruz dan Meling Anak Mula pula akan diterbangkan menggunakan pesawat C130, masing-masing ke Kuching dan Bintulu.

Dengan lima lagi jenazah yang tiba pada Jumaat, maka seramai 42 jenazah rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang dari Belanda.

Ini bermakna hanya dua lagi jenazah warganegara Malaysia belum dapat dikesan atau dikenal pasti.

Penerbangan MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - mStar Online

0 comments:

Post a Comment