Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, October 12, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu enam premis hiburan di sekitar ibu negara awal pagi tadi bagi menjejaki suspek kes letupan bom di Bukit Bintang, Khamis lalu.

Operasi mengejut dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman, dibantu Pasukan Taktikal Khas Jenayah (STAFOC) ke atas enam premis terbabit dibuat selepas polis mempercayai lokasi itu menjadi tumpuan individu yang terbabit dalam aktiviti kongsi gelap untuk bertemu dan berhibur.

Seramai 620 pengunjung dan kakitangan enam premis hiburan berkenaan turut diperiksa.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian D7 Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, berkata melalui operasi sedemikian, pihaknya yakin kes itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Katanya, hasil penahanan beberapa individu, berkemungkinan mempunyai maklumat dan terbabit secara tidak langsung dengan insiden berkenaan akan mempercepatkan siasatan.

"Setakat ini kita dapat menahan individu yang mungkin dapat bantu kita selesaikan kes letupan itu disamping membanteras elemen kongsi gelap, maksiat dan dadah yang dipercayai turut wujud di sebalik operasi di premis berkenaan," katanya ketika ditemui hari ini. - BH Online

0 comments:

Post a Comment