Status : Tidak Benar (Dinafikan oleh pihak Al-Ehsan berserta laporan polis)
Beberapa hari yang lepas tersebar dakwaan Restoran Al-Ehsan menggunakan daging babi sebagai hidangan di dalam Chicken Chop mereka. Dakwaan yang dibuat oleh akaun Facebook bernama Syam Iz itu telah menjadi viral dan mendapat lebih dari 600 shares. Selain itu, isu ini juga tersebar secara meluas di blog-blog dan juga Page Facebook lain.
Hari ini, wakil Al-Ehsan telah menjawab pertuduhan tersebut serta telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan dan menuntut Syam Iz memadamkan status berkenaan dari Facebooknya.
Memetik dari jawapan Sulthan Alehsan dari Facebook, dia mengatakan Al-Ehsan menggunakan 'bacon beef' atau daging lembu dan membuat jaminan mereka menyediakan produk 100% halal.
"Kami adalah Muslim dan mengamalkan Agama Islam Syariah dalam kehidupan seharian kami. Memohon maaf untuk gangguan yang dialami. Harap disebarkan. Terima kasih.", memetik jawapan berkenaan.
Jelas isu ini timbul kerana salah faham dengan perkataan "bacon". Bacon mempunyai banyak maksud. Jika disebut di negara bukan Islam, perkataan bacon ini lebih menjurus kepada (hirisan)daging babi disebabkan penggunaan daging babi yang meluas di negara mereka. Tapi perkataan bacon juga boleh merujuk kepada beef bacon, atau hirisan daging lembu.
Diharap kedua-dua pihak boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik kerana dari apa yang kami nampak ini adalah isu salah faham. - SiakapKeli.com
salahnya dia minta pekerja yang tak berapa nak faham apa tulis jadi kalau tanya pekedai ada tulis bacon saja tiada beef jadi apa baconpun kedai bagi
ReplyDeleteKes salah faham je la ni. Alhamdulillah...takdelah risau lg pelanggan tetap restoran tu lps ni.
ReplyDeletesalam faham je ni..aku nege burge bakar dulu² ade gune bacon..beef bacon
ReplyDeleteni namanya nak cari perhatian... bacon maksudnya hirisan... sejenis penyediaan bahan mentah...
ReplyDeleteTuh la...sblom wat ape2 tindakan..pastikn ade mklumat yg btol...klo xtau..wat cara xtau..wat research dlu...baru tuduh...itu baru bacon..blom lg turkey ham, chicken ham...pun gne perkataan ham..so babi la??blom lg peperoni ke..pastrami ke..salami ke...asal boley je...know ur food...dont be ignorant...pastu tuduh org..klo xtau gak...g pasaraya mydin tuh..g bhgian cold cuts..mcm2 ade...jgn kang ade chicken ham kate babi lak....
ReplyDeleteHam is a processed pork foodstuff,[1] which undergoes preservation through curing, smoking, or salting. Ham was traditionally made only from the hind leg of swine, and referred to that specific cut of pork.[2] Ham is made around the world, including a number of regional specialties, although the term now has wider usage and can also be used to refer to meat which has been through a process of re-forming.
ReplyDeletein the United States, the Code of Federal Regulations (CFR) says that "the word 'ham', without any prefix indicating the species of animal from which derived, shall be used in labeling only in connection with the hind legs of swine"
ReplyDeleteselalu org guna istilah Chicken slice or chicken bacon sbb chicken xder ham.. sejak bila ayam ader 4 kaki pn aku xtau..