Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, October 2, 2014

One Comment

Kuala Berang: Kadar tarif elektrik tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat berikutan pembinaan lebih banyak empangan hidroelektrik di negara ini untuk menjana tenaga pada masa akan datang.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, walaupun kos pembinaan empangan hidroelektrik tinggi, namun ia tidak membabitkan kos bahan bakar sebaliknya bergantung kepada tenaga yang dihasilkan air sebagai sumber utama.

Menurutnya, ketika ini empangan hidroelektrik di seluruh semenanjung dapat menjana 1,800 megawatt dan beberapa projek empangan yang membekalkan kuasa sebanyak 630 megawatt akan siap tidak lama lagi.

Katanya, menjelang 2024 sejumlah empangan akan dibina dengan bekalan kuasa sebanyak 610 megawatt menjadikan keseluruhan 3,000 megawatt kuasa dapat dijana di seluruh semenanjung dalam masa 10 tahun lagi.

“Semakin banyak empangan hidroelektrik akan dibina dan ia dapat mengurangkan kadar kenaikan tarif elektrik,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis pelancaran permulaan penakungan Tasik Puah, Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu, dekat sini, semalam.

Hadir sama Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Ir Azman Mohd.

Mahdzir berkata, penakungan Tasik Puah di Taman Semarak Binjai, dekat sini, satu daripada komponen penting Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu yang sedang dibangunkan Tenaga Nasional Berhad (TNB), berjaya dilakukan enam minggu lebih awal berbanding jadual asal 18 November ini .

Menurutnya, projek yang bermula pada 1 Oktober 2010 itu juga turut mencatat rekod cemerlang iaitu tiada rugi masa akibat kecederaan selama lapan juta jam.

1 comments:

  1. Just a simple comment... pls put a date to your news article.. just to ensure its the latest & not some old news given a new life.. TQ

    ReplyDelete