Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, October 24, 2014

No Comment


Kuching: Terpedaya dengan wasiat memperoleh harta pusaka, seorang guru wanita berputih mata apabila kerugian lebih RM650,000 selepas mendakwa ditipu lelaki warga Britain yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

Guru berusia 49 tahun itu mendakwa dia berkenalan seorang lelaki dikenali sebagai Robert Mario pada Februari 2011 menerusi laman sosial sebelum mereka berhubung melalui laman sembang Yahoo Messenger.
Sepanjang perkenalan itu, suspek mendakwa mewarisi sejumlah besar harta pusaka mendiang bapanya dan meminta mangsa supaya mengambil alih harta itu di Kuala Lumpur melalui seorang ejen dilantik.

“Tidak lama selepas itu, mangsa menerima panggilan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Alim dan mendakwa dia adalah ejen dilantik Robert bagi menguruskan harta pusaka itu.

“Sejak itulah ejen terbabit sering meminta wang daripada mangsa dengan pelbagai alasan termasuk mahu membeli bahan kimia bagi membersihkan wang, urusan kastam, bayaran lindungan peti berisi wang dan cukai dengan bayaran itu dibuat secara berperingkat,” katanya.

Menurutnya, mangsa tidak mengesyaki sesuatu mencurigakan kemudian membuat bayaran seperti diminta ejen terbabit.

“Kali terakhir bayaran dibuat pada Ogos lalu dan ketika itulah mangsa mula mengesyaki ada sesuatu tidak kena.

“Mangsa berasa tertipu selepas ejen terbabit tidak menyerahkan harta seperti didakwa sebelum membuat laporan di Balai Polis Satok semalam (kelmarin),” katanya.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan mangsa menanggung kerugian akibat semua wang simpanannya lesap begitu saja.

Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dan kes masih dalam siasatan. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment