Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, June 12, 2014

No Comment

Usai kes penceraian Abby Abadi dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar,  GUA terlebih dahulu menemubual Abby sebelum mendapatkan komen Farhan. Abby yang kelihatan tenang menerima semua yang berlaku kepada dirinya.

“Saya menerima apa yang berlaku kepada saya sebagai ujian Allah. Saya nampak yang kali ini saya sangat terduga. Walaupun dalam masa yang singkat, banyak benda yang mengajar saya. Benda yang berlaku di luar jangkaan saya.

“Saya yakin Allah bersama saya. Apa yang berlaku ini, pernikahan kali kedua, saya percaya kepada janji sahaja. Saya tidak mengharapkan apa-apa. Saya percaya janji sehidup semati dan janji untuk menjaga saya selama-lamanya, saya percaya dan itulah yang saya harapkan. Saya tidak mengharapkan apa-apa pun. Bila berlaku perkara yang sebegini, saya makin jelas dengan kehidupan saya, yang mana manusia jarang berpegang kepada janji, tetapi janji Allah tidak pernah tipu,” ulas pelakon filem ‘Pasrah’ ini.

Sewaktu perbicaraan di mahkamah, Abby ada mendedahkan yang Farhan menghubungi seorang wanita menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) ketika lafaz kali pertama terjadi. Ketika ditanya adakah wujudnya unsur orang ketiga dalam permasalahan rumah tangga mereka, Abby enggan mengulas lanjut.

“Rasanya, perkara itu tiada kepentingan. Saya tidak mahu bercakap mengenai wujudnya orang ke berapa pun. Saya tidak nampak depan mata, jadi perkara itu saya tidak boleh saya tuduh begitu kerana saya tidak tahu apa sebenarnya. Lafaz pertama pun tak disahkan jatuh talak. Saya dah berusaha, saya dah berdoa, tetapi saya sudah tidak nampak jalan,” ulas Abby lagi.

Tidak Trauma

Selepas dua kali melalui kegagalan dalam berumah tangga, adakah Abby rasa trauma untuk berkahwin sekali lagi sekiranya ada jodoh untuk dirinya?

“Saya tidak trauma. Saya tidak serik untuk berpasangan demi anak-anak. Seperti contoh, sukar untuk saya berjalan bersendirian membawa anak-anak, saya risaukan perihal keselamatan. Saya mahu hidup dengan kehadiran insan bergelar suami kerana tak semua perkara saya boleh lakukan sendiri.

“Menyentuh kepada kes saya dan Farhan, bukannya saya mahu semua perkara ini terjadi. Cuma yang pertama dahulu, saya akui kesilapan saya kerana banyak yang kurang dalam diri saya. Untuk kali kedua, berbeza dengan yang dahulu kerana perbuatan saya berbeza kerana Iman. Saya redha dengan apa yang berlaku,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai video dalam Instagram milik Abby yang memaparkan anak sulung Abby, Mohamad Danish Hakim menyampaikan pesan agar Farhan tidak lepak di ‘cyber café’ dan sebagainya, Abby ada penjelasan tersendiri.

“Apa yang Danish sebut hanya sekadar lafaz sahaja, dia tidak maksudkan perkara tersebut. Memang tidak wujud pun perkara seperti ‘cyber café’ atau sebagainya, Danish saja sebut. Perkara itu diperbesarkan dan nampak seperti berlaku, padahal perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Adakah masih punya peluang untuk Abby dan Farhan kembali bersama menjalin kasih sebagai pasangan suami isteri atau dalam erti kata lain, merujuk?

“Bercakap mengenai berbaik semula, saya tidak mahu cakap apa-apa. Kalau kami berbaik, itu adalah suatu keajaiban. Cuma saya tidak nampak jalan untuk perkara ini. Saya harap sesuatu yang baik untuk dia. Semoga dia lebih bahagia, saya harap Allah jaga dia,” ujar Abby mengakhiri perbualan.

Sumber: Gua.com.my

0 comments:

Post a Comment