Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, June 27, 2014

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Umat Islam di negara ini bakal menjalani ibadat puasa dalam keadaan cuaca panas dan kering sepanjang bulan dengan suhu maksimum 36 darjah Celsius.

Timbalan Ketua Pengarah (Strategik dan Teknikal) Jabatan Meterologi Malaysia (JMM) Dr Mohd Rosaidi Che Abas berkata, pihaknya meramalkan cuaca berkenaan berdasarkan perubahan musim barat daya sehingga September depan. 

“Dalam musim ini, jumlah hujan akan diterima turut berkurangan sehingga musim ini tamat iaitu September depan sekali gus mengundang keadaan kering. 

“Walaupun berlaku hujan di sepanjang musim ini, namun tahap kelebatan serta taburan hujan secara purata berkurangan berbanding kelembapan sewaktu monsun Timur Laut,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dr Mohd Rosaidi berkata, apa yang dirasai masyarakat negara ini peringkat permulaan musim berkenaan dan keadaan menjadi semakin kering apabila di pertengahan musim kelak.

Beliau berkata, keadaan itu juga mengakibatkan paras air di empangan berkurangan jika tiada langkah pembenihan awan dilakukan bagi mengatasi masalah berkenaan.

Sumber - myMetro

0 comments:

Post a Comment