Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 8, 2014

No Comment

KOTA BHARU – Kerajaan akan memberi penjelasan mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi fasa kedua membabitkan 134 kawasan Parlimen dalam usaha memberi kefahaman kepada rakyat tentang sistem berkenaan yang akan bermula April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata pihaknya akan mengadakan empat ceramah di setiap kawasan Parlimen yang akan dikelolakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia serta pemimpin setempat.

“Kita akan buat seberapa banyak ceramah sebelum Ramadan ini,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu stesen radio KelantanFM di sini, hari ini.

GST pada kadar enam peratus akan dilaksanakan mulai 1 April tahun depan bagi menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus.

Ahmad berkata, ceramah itu akan disampaikan pegawai kastam negeri dan pusat serta dibantu pihak Kementerian Kewangan.

“Penceramah tempatan yang menghadiri kursus mengenai GST bolehlah membantu pegawai kastam untuk memberikan ceramah.

“Kita ingin pemimpin utama dalam masyarakat seperti ketua kampung dan mereka yang berpengaruh dulu dengar, barulah mereka boleh terangkan kepada orang lain,” katanya.
Beliau berkata, orang ramai juga digesa mencari maklumat mengenai sistem cukai itu di portal GST jika ingin memahaminya dengan lebih jelas.

“Apa yang kita harapkan adalah rakyat secara proaktif mencari maklumat, ini kerana maklumat mengenai cukai berkenaan boleh diperoleh melalui portal yang disediakan.

Ahmad berkata, sesi penerangan yang diadakan bukan saja melalui ceramah malah pihaknya turut menggunakan media sosial supaya rakyat memahami sistem berkenaan.

“Kempen turut diadakan melalui radio, televisyen, surat khabar dan kita juga mempunyai pelbagai papan iklan yang menerangkan tentang GST,” katanya.

Sumber: Bernama

0 comments:

Post a Comment