Moscow – Hakim Yevgeny Makhno sepatutnya mengadili satu kes penipuan melibatkan seorang ahli perniagaan di Rusia.
Namun ketika perbicaraan dijalankan, beliau telah tertidur dan selepas tersedar dari `mimpi-mimpinya’ itu, beliau terus menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dengan kerja keras ke atas Andrei Naletov.
Malangnya, saat-saat ketika beliau sedang nyenyak tidur sambil kepalanya terlentok itu telah dirakamkan oleh anggota keluarga Naletov.
Selepas perbicaraan itu, hakim tersebut juga dirakamkan sedang bermain-main dengan telefon bimbitnya.
Pada mulanya Makhno memberi alasan hanya memejam mata dan masih mendengar hujah daripada peguam.
Namun selepas rakaman tersebut tersebar melalui internet, Makhno akhinya meletak jawatan minggu lepas.
Beliau juga berdepan dengan pendakwaan di bawah Kanun Keseksaan Rusia kerana penghakiman yang diberikan tidak mengikut peruntukan undang-undang.
Sementara Naletov pula akan menjalani perbicaraan semula dan hukuman yang diputuskan sebelum ini diketepikan.
0 comments:
Post a Comment