Kaherah – Mesyuarat Kabinet selalunya membincangkan mengenai hal ekonomi, kewangan dan isu-isu melibatkan kerajaan.
Bagaimanapun Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil baru-baru ini menggunakan mesyuarat Kabinet untuk membincangkan mengenai bahaya payu dara yang kotor.
Ini kerana, katanya, payu dara yang tidak bersih akan menyebabkan bayi yang menyusu badan, akan mengalami cirit-birit.
Jelasnya situasi itu berlaku apabila kaum ibu tidak mempedulikan aspek kebersihan dan tidak membersihkan payu dara ketika menyusu bayi mereka.
Perkara itu, katanya adalah berdasarkan pengalamannya menjadi Menteri Sumber Air dan melawat kawasan perkampungan yang tidak menitik berat mengenai aspek kebersihan.
Justeru beliau yang mempunyai Phd dalam bidang sumber air telah menekankan kepada kepentingan membekalkan bekalan air bersih terutama di kawasan pedalaman.
Bagaimanapun isu payu dara itu ternyata menyebabkan dua wanita yang berada dalam mesyuarat tersebut berasa tidak selesa.
Kenyataan berkenaan berpotensi mencetuskan kontroversi melibatkan penduduk di kawasan pedalaman sekali gus menjejaskan usaha Mesir untuk mengembalikan semula keamanan di negara berkenaan.
Hisham Qandil dilantik sebagai Perdana Menteri pada Julai tahun lalu.
0 comments:
Post a Comment