Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, February 7, 2013

One Comment

Tak Sedar Kereta Masuk Longkang
Tak Sedar Kereta Masuk Longkang - Taiping : Seorang nenek berusia 74 tahun terpinga-pinga sambil bertanya kepada orang ramai bagaimana kereta dipandunya boleh terperosok ke dalam longkang besar di Jalan Air Kuning di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Sariah, 74, dipercayai gagal mengawal Perodua Kancil dipandunya menyebabkan ia terbabas ke dalam longkang.
Mangsa berasal dari Kamunting di sini, mendakwa sedang memandu menuju ke Air Kuning apabila kenderaannya hilang kawalan.
“Saya tidak sedar bagaimanapun boleh berada dalam longkang. Saya cuma perasan kereta tiba-tiba senget dan tidak boleh bergerak,” katanya.
Menurutnya, dia yang kemudian menyedari terbabit dalam kemalangan merangkak keluar dari kereta sebelum dibantu orang ramai tanpa kecederaan.
Sementara itu seorang saksi, Omar Ahmad, 47, berkata, laluan berkenaan dianggap berbahaya berikutan sering berlaku kemalangan membabitkan pengguna motosikal dan kereta.
Menurutnya, longkang besar yang terbuka dan tiada penutup itu seolah-olah mengundang kemalangan dan meminta pihak berwajib menutup longkang berkenaan sebelum lebih ramai pengguna jalan raya menjadi mangsa. – Metro

1 comments:

  1. Longkang tak betutup bukan masalahnya. Banyak tempat lain lagi longkang tak bertutup. Rujuk gambar:
    1) Jalan luas bertanda dengan baik dengan adanya tebeng tepi jalan.
    2) Keadaan terang - tengahari.
    Yang nyata masaalahnya pemandu tu. JPJ patut periksa samada nenek berusia 74 tahun itu masih layak memandu. Saya pernah mengalami kemalangan dengan orang yang masih memandu walaupun pengelihatannya sudah tidak berapa nampak. Jika di biarkan perkara ini cuma aka membahayakan pengguna jalanraya lain terutama penunggang basikal dan pejalan kaki.

    ReplyDelete