Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 11, 2013

No Comment
Shila: Saya Bukan Melarikan Diri, Saya Hanya Mencari Ketengangan...


Ekoran laporan media sebelum ini yang mendakwa penyanyi Shila Amzah melarikan diri ke Kemaman, hari ini menerusi laman Twitternya, Shila menafikan perkara tersebut.
Shila menulis, “You have no idea what I’ve went through.. I didn’t ran away.. I just want a peace of mind away from all these people. Why can’t I?tell me”. (Anda semua tidak tahu apa yang saya sedang lalui.. saya bukan melarikan diri.. saya cuma mahu mencari ketenangan dan jauh dari semua orang (buat seketika).
SHILA AMZAH
Sebelum ini, Shila dilaporkan sudah enam hari tidak pulang ke rumah keluarganya.
Melalui laman itu juga, Shila turut dilihat sempat ‘retweet’ kata-kata semangat daripada peminatnya yang digelar ‘Shilalas’.
Semoga Shila beroleh ketenangan yang diperlukan  dan berdoa agar dirinya diberi kekuatan serta semangat yang kuat untuk menghadapi dugaan yang sedang menimpanya kini.
Sementara itu Shila dilihat bersama bapanya di perkarangan sebuah hotel di Pulau Pinang malam tadi (gambar di atas)
Dia dijangka berkongsi pentas bersama bintang K-pop, Psy hari ini dalam sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional.
Oleh: Audrey Lee

0 comments:

Post a Comment