Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, February 11, 2013

3 comments
GAMBAR: Psy 'Pukau' 100,000 Pengunjung Rumah Terbuka Tahun Baru Cina


GEORGETOWN –  Penyanyi rap sensasi Korea Selatan, Psy menutup tirai Program Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia sebentar tadi.
Psy menyanyikan lagu popularnya “Gangnam Style” dengan disaksikan kira-kira 100,000 pengunjung yang membanjiri padang Kolej Han Chiang di sini, menanti kehadiran Psy sejak jam 9 pagi Isnin.
Majlis ini turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pada itu, Najib melahirkan rasa gembira dan bertuah kerana menerima sambutan meriah daripadapengunjung sempena majlis terbuka tersebut.
Ketika berucap pada majlis itu, beliau berkata kegembiraannya ialah keranaini adalah buat pertama kalinya beliau dapat menyambut perayaan Tahun BaharuCina bersama-sama dengan penduduk di Pulau Pinang.
“Terima kasih kepada warga Pulau Pinang kerana telah menyambut kedatangansaya dan isteri serta keluarga saya dengan begitu meriah sekali.
“Saya rasa bertuah dan amat gembira kerana pada tahun ini saya dapat lakukan sesuatu yang belum pernah saya lakukan iaitu untuk menyambut Hari Raya Cina dengan warga Pulau Pinang,” katanya dalam ucapan ringkas pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina Isnin.
Najib yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan anaknya Ashman Razak, Nooryana Najwa dan tunangnya Daniar Nazarbayev tiba kira-kira pukul 10.50 disambut Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Pulau Pinang Teng Chang Yeow.
Yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman dan barisan pemimpin BN.
Najib turut menyeru masyarakat setempat agar saling hormat menghormati kebudayaan setiap kaum di Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan untuk masa depan yang lebih harmoni.
Katanya perpaduan kaum serta saling memahami sangat penting sebagai pemacukemajuan dan perkembangan ekonomi negara di persada antarabangsa.
“Ini adalah kerajaan yang berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia. Iniadalah kerajaan yang mempunyai rancangan sebenar untuk masa depan semua rakyatMalaysia.
“Rakyat Pulau Pinang mahu rumah yang lebih baik dan rumah mampu milik dan kerajaan akan menunaikannya…percaya pada janji ditepati,” katanya.
Dalam ucapannya Najib juga mengumumkan untuk menaiktaraf Kolej Han Chiang menjadi Kolej Universiti yang memberi pengkhususan dalam bidang pengajiankomunikasi massa.
Sebelum itu, anak beliau Ashman Razak menyampaikan ucapan selamat Tahun Baharu Cina dalam bahasa Mandarin dan mendapat tepukan gemuruh manakala Rosmah menyertai kumpulan koir menyanyikan dua buah lagu Mandarin iaitu ‘Gong Xi GongXi’ dan ‘Da Di Hui Chun’.
Majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina itu dimeriahkan dengan persembahan Chingay, tarian tradisional naga, persembahan tarian pelbagai kaumdan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air Shila Amzah.
Kemuncak acara pada majlis itu diserikan dengan persembahan bertenaga daripada Psy.
IMG-20130211-WA0031
IMG-20130211-WA0032
20130211_113550
IMG-20130211-WA0026

3 comments:

  1. nooooo...to BN!!!! shitt..

    ReplyDelete
  2. Asyik-asyik barua UMNO cabar pembangkang beri penerangan tah apa-apa kebelakangan ni.

    Jadi, we the rakyat cabar Najib / UMNO untuk declare perbelanjaan untuk:
    1) Roadshow "JANJI DITEPATI"
    2) Program "Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 1Malaysia" ni

    Setakat mana diketahui ramai, perbelanjaan ini semua malampau-lampau dari harga sebenar. Ini cuma akan mengenyangkan kroni dan bakal membangkrapkan negara.

    Contoh nyata projek untuk kroni yang melampau ialah internet sekolah. Cuma untuk 1Mbps, satu sekolah kena bayar lebih RM550. Bukan ada lebih, cuma bagi wifi modem. Kadar biasa rumah ialah cuma RM110. Projek untuk 10,000 sekolah selama lebih 5 tahun. Kira kenyanglah kroni.

    Tengok contoh pembelian Rapid Intervention Vehicles (RIV). Sultan Johor beli dan derma 1 unit dengan harga RM150,000. Rujuk:
    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F9%2F9%2Fnation%2F11996436&sec=nation
    http://eddydaud.blogspot.com/2012/09/dymm-sultan-johor-sudah-bertitah.html

    Kementerian Pertahanan dah beli 4 unit dengan harga RM2.76 juta atau RM690,000 setiap unit. Beli lebih banyak tapi lebih mahal. Paling lebih RM600,000 untuk kesemua 4 unit. Jadi kroni untung lebih RM2.16 juta kikis duit rakyat.

    Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi kata nak siasat tapi sampai sekarang tak ada cerita selanjutnya. Agaknya buat bodoh sampai rakyat lupa. Sini saya ingatkan mana yang lupa.

    Kesimpulannya UMNO/BN adalah perompak rakyat. Semua yang dibuat untuk rakyat dibuat dengan harga berlebihan untuk tembolok sendiri dan kroni. Boleh bangkrap M'sia kalau dibenarkan berterusan.

    ReplyDelete
  3. bukan hanya rakyat tolong BN , PSY pun tolak BN gak , ajak toast sampai kesudah tak naik .. malunya .. dia cuma amik duit , melompat dalam 10min .. balik .. senang buat duit .. yang BANGANG BN ni nak pancing undi konon .. malu la sial .. this time you are really going down man ...

    ReplyDelete