Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Bomoh Cabul Remaja 17 Tahun Yang Sedang Berubat Penyakit Ketumbuhan Payudara


Bomoh Cabul Remaja 17 Tahun Yang Sedang Berubat Penyakit Ketumbuhan Payudara -KANGAR : Seorang bomoh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan mencabul kehormatan seorang remaja berusia 17 tahun, dalam sebuah bilik di rumahnya di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis, 21 Ogos lalu.

Tertuduh, Isa Man, 66 membuat pengakuan itu selepas memahami pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Pendaftar Mahkamah, Monica Joseph Gaisah.

Mengikut pertuduhan, Isa dituduh mencabul kehormatan remaja17 tahun itu kira-kira jam 10.30 malam ketika mangsa bersama nenek dan bapa saudaranya ke rumah tertuduh bagi mendapatkan rawatan tradisional bagi penyakit ketumbuhan barah payudaranya.

Semasa berada di rumah suspek, pengadu mengatakan dibawa masuk ke dalam sebuah bilik rumah sebelum suspek dikatakan menarik dan mencabul pengadu semasa rawatan dijalankan.
Disebabkan dari kejadian itu, pengadu berasa dirinya tertipu dan dicabul tertuduh.
Tertuduh ditangkap oleh pihak polis pada 22 Ogos lalu kira-kira jam 6.45 petang di rumahnya, di Seberang Alor Kuala Perlis.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
Pertuduhan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh diwakili peguam, Zuhair Ahmad Zakuan.

Nor Syazwani menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin tetapi tertuduh merayu supaya wang jaminan itu dikurangkan.

Monica kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dan menetapkan 3 November ini untuk sebutan kes. – Informasi Dot My

0 comments:

Post a Comment