Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
S.M. Mohamed Idris

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyambut baik langkah Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha di negeri itu.
Sehubungan itu, Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris menggesa Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa serupa bagi mengharamkan penggunaan shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
“Langkah ini perlu dilakukan segera di semua negeri yang belum mengeluarkan fakwa mengharamkan shisha kerana ia memudaratkan kesihatan dan semakin berleluasa dalam kalangan golongan muda termasuk perempuan.
“Oleh itu CAP menyarankan pihak berkuasa mengharamkan terus penggunaan shisha di negara ini dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara ini tidak lagi mengeluarkan lesen perniagaan terhadap premis yang mempunyai kemudahan menghisap shisha,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut, S.M. Mohamed berkata, kewujudan premis serta kedai yang menyediakan kemudahan menghisap shisha menyebabkan gejala menghisap shisha semakin menular dalam kalangan remaja dan perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa tempatan dan kesihatan.
Katanya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga pernah mendedahkan amalan menghisap shisha mempunyai risiko kesihatan yang sama seperti merokok,
Malah, katanya, penghisap shisha biasanya menyedut asap sebanyak 50 hingga 200 kali atau selama 20 minit hingga 80 minit yang dianggarkan sebanyak 0.15 liter hingga satu liter.
Jumlah itu lebih dasyat berbanding mereka yang menghisap rokok yang selalunya menyedut sebanyak lapan hingga 12 kali dan mengambil masa hanya lima hingga tujuh minit serta menyedut 0.5 liter hingga 0.6 liter asap.
Tambah beliau, menghisap shisha juga boleh menyebabkan ketagihan dan penggunaan arang dalam peralatannya pula boleh meningkatkan masalah paru-paru dalam jangka masa panjang.
“Air didihan yang digunakan juga tidak dapat menapis toksin yang ada akan memudaratkan kesihatan.
“Tindakan tegas perlu diambil segera memandangkan penggunaan shisha boleh memudaratkan kesihatan demi menjaga kesejahteraan generasi akan datang,” katanya.
Media semalam melaporkan Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.
Mufti Perlis, Datuk Dr. Juanda Jaya dipetik sebagai berkata, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.
Justeru Juanda berharap berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat kerana amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.
Menurut beliau lagi, langkah pengharaman itu telah dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment