Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Raja Lawak Musim Ke-7

SHAH ALAM – Kumpulan yang berasal dari Sabah iaitu Wala membuat kejutan apabila dinobatkan sebagai juara program Raja Lawak musim ketujuh pada pertandingan akhir yang diadakan malam Jumaat.
Dianggotai oleh Walawd Parman dan Wan Mustafa Muntek, mereka berjaya menewaskan peserta lain dengan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
Kumpulan Sakan yang dianggotai oleh Husni Hussain, Ku Ismafaizul Ku Ismail dan Mohd Saiful Nizam Mansor sekadar berpuas hati berada ditempat kedua.
Manakala tempat ketiga menjadi milik kumpulan dari Singapura iaitu Bora dan Gamat berada di tempat keempat.
Kumpulan Sakan, Bora dan Gamat tidak pulang dengan tangan kosong apabila masing-masing berjaya meraih hadiah wang tunai RM50,000, RM30,000 dan RM10,000 berserta trofi.
Pada pertandingan itu, para peserta diberikan dua tugasan iaitu bebas dan komedi muzikal.
Seorang artis jemputan juga turut dijemput untuk membantu mereka dalam persembahan yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini.
Antara pelawak yang dijemput untuk membantu peserta adalah Shahrul dan Ajak dari kumpulan Shiro, Rahim dan Yassin.
Raja Lawak ketujuh dihoskan oleh Johan dan Zizan.
Sementara itu, kumpulan Wala ketika ditemui melahirkan rasa terkejut dengan kemenangan mereka dan menganggap semua peserta hebat-hebat belaka.
“Kami masih tergaman sehingga tidak tahu apa ingin diucapkan namun kemenangan ini adalah bukti kesungguhan dan pengorbanan kami yang merantau dari jauh,” kata Walawd mewakili Wala.
Pertandingan akhir itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu Datuk AC Mizal, Saiful Apek dan Isma Alif.
Keputusan penuh pula ditentukan oleh penonton seratus peratus menerusi undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS). - mStar Online

0 comments:

Post a Comment