Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
S.Subramaniam

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan memaklumkan beberapa negara termasuk Malaysia sedang berhadapan dengan situasi global berkaitan kes denggi yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam berkata, selain Malaysia, turut berhadapan dengan ancaman nyamuk aedes itu adalah Singapura, Filipina dan Lao PDR.
“Jumlah kes denggi yang dilaporkan di Malaysia pada minggu lalu adalah yang tertinggi pada tahun ini dan melebihi tahap kritikal wabak iaitu 658 kes dengan dua kematian dilaporkan.
“Dua kematian itu berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor melibatkan seorang pesara wanita berusia 67 tahun dan seorang lelaki berusia 33 tahun,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut situasi kes denggi di Malaysia, Subramaniam berkata, sejak Mei 2013 berlaku peningkatan dalam kes kematian dan lokaliti wabak denggi di negara ini.
Menurutnya, pada awal Mei kurang 500 kes denggi seminggu dilaporkan dan kes itu kemudian melonjak kepada lebih 600 kes seminggu melibatkan sembilan kematian pada minggu-minggu berikutnya.
Lebih membimbangkan, kata beliau, jumlah negeri yang mengalami wabak denggi meningkat 100 peratus malah daerah yang mengalami wabak juga turut meningkat sebanyak 47 peratus.
Katanya, secara keseluruhan sebanyak 12,143 kes denggi dilaporkan dari Januari hingga 22 Jun 2013 berbanding 11,430 kes bagi tempoh sama pada tahun 2012.
Beliau turut memaklumkan lapan negeri yang menunjukkan peningkatan kes denggi pada tahun ini adalah Johor meningkat sebanyak 88 peratus, Sarawak (58 peratus) Sabah (41 peratus), Negeri Sembilan (33 peratus), Perak (15 peratus), Kelantan (7 peratus), Perlis (2 peratus) dan Selangor (1 peratus).
“Jumlah kematian pula sebanyak 25 kematian berbanding 22 kematian bagi tempoh yang sama pada tahun 2012.
“Kawasan panas wabak denggi pula adalah Seksyen 7E B Shah Alam (Jln 7/101 – 7/103) dan Seksyen U2 (Pangsapuri Ilham), daerah Petaling di Selangor,” katanya. – myneshub.my

0 comments:

Post a Comment