Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Kes Curi

KUANTAN – Seorang kelindan lori berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun gara-gara satu bungkusan minuman Milo bernilai RM16.99 yang dicuri dalam sebuah pasar raya, di sini, 25 Jun lalu.
Tertuduh, Wong Chee Voon, 38, dari Taman Seri Inderapura, Jalan Kuantan-Pekan bagaimanapun mengaku tidak bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan, semalam, atas tuduhan tersebut.
Dia menafikan mencuri produk minuman itu, justeru mohon kesnya dibicarakan.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 12.30 tengah hari, 25 Jun lalu sebelum ditahan pekerja pasar raya yang beroperasi di Batu 3, Jalan Gambang.
Susulan penahannya itu, tertuduh diserahkan kepada polis sebelum dihadapkan ke mahkamah semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda.
Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar menawarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh.
Tertuduh dalam rayuannya merayu supaya jumlah itu dikurangkan memandangkan dia hanya bekerja sebagai kelindan lori dengan pendapatan RM60 sehari.
Dia juga mempunyai dua anak berusia 12 dan 9 bulan yang perlu ditanggung.
Mengambil kira rayuan tertuduh, Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM2,000 manakala 9 Julai depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment