LOS ANGELES – Gangguan jurugambar paparazzi membuatkan lebih sukar untuk anak-anak Michael Jackson mengharungi keperitan ekoran kematian bapa mereka, kata seorang saudara-mara keluarga dalam kes perbicaraan kematian bekas raja pop itu kelmarin.
TJ Jackson berkata, ketiga-tiga anak Jackson tidak sukakan perhatian dan dia menyokong sebarang usaha perundangan untuk membendung paparazzi daripada merakam gambar anak-anak selebriti.
“Pada pendapat saya (tumpuan paparazzi) membuatkan lebih sukar buat anak-anak Jackson untuk berkabung, pulih dan meneruskan kehidupan selepas kematian bapa mereka,” kata TJ.
Dia membuat komen tersebut semasa memberi keterangan tentang hubungannya dengan Jackson dan cara bekas penyanyi tersohor itu membesarkan anak-anak.
TJ turut memetik kenyataan yang dibuat oleh aktres Halle Berry di Sacramento semalam selepas para wakil rakyat negeri California menimbang rang undang-undang yang akan mengubah definisi gangguan ke atas kanak-kanak.
Rang undang-undang itu mengusulkan agar definisi gangguan turut melibatkan perbuatan merakam imej kanak-kanak tanpa kebenaran ibu-bapa atau penjaga yang sah. Mereka yang disabitkan dengan kesalahan itu boleh dipenjara antara 10 hari hingga setahun.
Menurut TJ, dia perlu menimbang dengan teliti sama ada untuk membenarkan anak bongsu Jackson, Blanket menyertai kelas seni mempertahankan diri pada Selasa lalu kerana bimbangkan gangguan paparazzi.
TJ Jackson ialah anak Tito Jackson dan ahli 3T kumpulan muzik 3Tmuzik bersama dua saudara lelakinya. – AP
0 comments:
Post a Comment