Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Siapa Juara Malam Ini...Kelantan Atau Johor?

Kuala Lumpur – Kelantan diramal mampu mempertahankan kejuaraan Piala FA ketika berdepan Johor Darul Takzim (DT) pada final di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Selain berpengalaman dalam tiga aksi final piala itu, Kelantan mempunyai kelebihan kerana dibarisi pemain handalan seperti Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad, Obinna Nwaneri, Dickson Nwakamae dan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat yang mampu mengatasi cabaran anak buah Fandi Ahmad.
Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT,” Datuk M Karathu, bekas jurulatih Kelantan
Johor DT sebaliknya, walaupun dibarisi pemain bintang seperti Norshahrul Idlan Talaha, Leonel Nunez, Nurul Azwan Roya, Andrezinho dan Safee Sali, terpaksa akur dengan ketiadaan pertahanan kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak yang digantung perlawanan.
Faktor Mat Yo, Awe
Bagaimanapun, faktor Matyo (Norshahrul) dan Awe (Nurul Azwan) – dua bekas pemain Kelantan yang berhijrah ke Johor musim ini – mampu menampilkan kejutan kerana kedua-duanya bersemangat untuk membuktikan sesuatu bersama pasukan baru.
Apapun aksi di atas padang akan menentukan keputusan, bukan apa yang tertera di atas kertas.
Percaturan jurulatih Kelantan, Bojan Hodak dan jurulatih Johor DT, Fandi, serta kemampuan anak buah masing-masing melaksanakan arahan bakal menjadi penentu pasukan mana muncul juara malam ini.
Jurulatih Tentera, B Sathianathan, berkata kelebihan berpihak kepada Kelantan kerana mereka mempunyai pengalaman beraksi di pentas final dan masih segar dengan kejayaan menjulang trofi tahun lalu.
“Sekalipun Johor mempunyai ramai pemain berbakat, mereka tidak pernah beraksi di pentas final sebelum ini dan ia agak menyukarkan mereka.
“Perlawanan pasti sengit dan hebat. Saya rasa ia akan berlanjutan hingga sepakan penalti,” katanya semalam.
Bagi jurulatih Pahang, Dollah Salleh, kedua-dua pasukan sama hebat dan ada kelebihan masing-masing, tetapi jika berpandu kepada pengalaman, ia memihak Kelantan kerana ini kali ketiga mereka ke final.
“Tidak boleh dinafikan, pengalaman itu akan banyak membantu mereka pada perlawanan itu nanti. Selain itu, Johor DT saya rasa bakal berdepan masalah terutama di bahagian pertahanan dengan ketiadaan Aidil Zafuan Abd Razak yang digantung perlawanan,” katanya.
‘Serangan Johor DT, Kelantan seimbang’
Datuk M Karathu, bekas jurulatih Kelantan, berkata jika dilihat di bahagian serangan, Johor DT dan Kelantan tampak seimbang.
“Johor DT mempunyai Norshahrul yang berada pada kemuncak prestasinya, Safee dan Nunez. Kelantan pula mempertaruhkan Indra Putra, Norfarhan dan Faiz Subri.
“Bagi saya kedua-dua pasukan sama hebat tetapi Kelantan mempunyai pengalaman beraksi di pentas final di mana ini akan membantu mereka untuk menangani cabaran dari Johor DT,” katanya.
Jurulatih Harimau Muda B, Razip Ismail, berkata berdasarkan pengalaman, sudah tentu Kelantan mempunyai kelebihan kerana pernah beraksi di pentas final.
“Namun, itu tidak boleh dijadikan sandaran pada kali ini. Saya memilih Johor DT untuk menang.
“Ini kerana ada antara pemain mereka seperti Norshahrul dan Nunez yang boleh mengubah final kali ini untuk menjadi juara. Saya menjangkakan Johor DT akan menjadi juara musim ini dengan kemenangan 2-1,” katanya. – BERITA HARIAN

0 comments:

Post a Comment