Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, June 29, 2013

No Comment
Uzair

Secara tiba-tiba, nama Umar Uzair Zain mula mendapat perhatian para pengamal media massa industri hiburan tanah air.
Tercari-cari siapakah sebenarnya Uzair ini, para wartawan hiburan tanah air telah dijemput untuk menghadiri sebuah persembahan unpluged di ibunegara semalam.
Ketika ditemubual wartawan, Uzair dengan berani menjelaskan memang dia mencari populariti dalam industri ini atas dasar memajukan karya Nusantara Melayu yang kian dilupakan.
“Ya, memang saya kejar populariti supaya saya dapat sampaikan serta memperluaskan budaya Melayu ini,” jelas Uzair yang menjayakan persembahan unplugged pertamanya semalam.
Mencecah tiga tahun penglibatan dalam industri penulisan kreatif, Umar Uzair Zain memulakan langkah seni suara dengan mengadakan sebuah persembahan unplugged selama dua jam di Dewan Bankuet, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kuala Lumpur semalam.
Beliau telah menyampaikan 10 buah lagu berunsur tradisional dan soul pop yang direncanakan sebagai penyemarak dunia seni budaya dan kesusasteraan Melayu dalam negara ini.
“Penganjuran program malam ini juga antara lain merupakan sebuah usaha berterusan saya untuk memperkayakan aktiviti perbahasaan Melayu,” jelas Uzair.
Antara lagu yang dipersembahkan semalam adalah Biar Bulan Bicara, Kasih, Cindai, Belaian Jiwa, Masih Disini dan beberapa lagi buah lagu dengan diiringi kumpulan pemuzik tradisional, Sri Kenchana.
Selain itu, Uzair turut berduet bersama bintang teater Nyonya & The Gang, Mardiana Alwi dengan lagu Pandang-pandang Jeling-jeling.
Bukan itu sahaja, beliau turut mendendangkan singlenya yang terbaru, Yang Aku Mahu.
Turut hadir sama pada majlis tersebut adalah Sasterawan Negara, Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah atau mesra dengan nama penanya Kemala.
Menurut Kemala, beliau melihat Uzair adalah anak muda yang bakal merancakkan industri seni tanah air negara sekaligus memacukan institusi perbahasaan Melayu di negara ini.
Walaupun majlis tersebut dilihat agak sederhana, tetapi ia merupakan penanda aras serta sebuah permulaan yang luar biasa yang ditunjukkan oleh Uzair.
Uzair memulakan langkah seninya dalam bidang kesusteraan Melayu dengan menghasilkan senaskah cerpen, Sampai Mati pada 2010 serta menerusi Kumpulan Puisi Pascamoden – Di Mana Bulan Sorokkan pada 2011.
Kini Uzair bergiat aktif sebagai aktivis sastera menerusi Persatuan Sasterawan Numera Malaysia.
Penulis melihat tidak menjadi sesuatu yang ganjil untuk Uzair mengejar populariti kerana usaha yang beliau inginkan bukanlah populariti diri tetapi populariti yang akan memperkayakan bahasa dan peradaban Melayu di negara ini.
1
2
3
Oleh: HARITS ASYRAF
Foto: HAZIM SHAUKI

0 comments:

Post a Comment