KUALA LUMPUR - Kemeriahan sementara menantikan pasukan kesayangan beraksi di pentas final Piala FA dicemari dengan insiden kekecohan di pintu masuk Stadium Nasional Bukit Jalil.
Semuanya gara-gara sekumpulan penyokong Kelantan mula bertindak di luar kawalan dengan menceroboh pintu masuk stadium yang dikhaskan untuk penyokong pasukan itu .
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu menyebabkan seorang remaja lelaki cedera di kepala apabila pintu masuk tiba-tiba terjatuh dan mengenai kepalanya.
Remaja berkenaan kemudiannya dikejarkan ke hospital berhampiran.
Menurut seorang Pegawai Polis PGA, Asri Musa, kejadian tersebut berlaku begitu pantas kerana penyokong tidak sabar mahu memasuki stadium.
"Mereka bagaikan dirasuk. Mereka dengan cepat masuk ke kawasan pintu tersebut," katanya kepada wartawan Sinar Harian Online.
Polis berjaya meleraikan situasi itu kira-kira 20 minit kemudian.
Dalam pada, Bernama melaporkan segelintir penyokong bertindak liar dengan membaling beberapa objek larangan termasuk bekas berisi air dan sisa makanan.
Walaupun jumlah anggota keselamatan ditingkatkan kepada 2,000 orang, namun nyata gagal menghalang segelintir penyokong daripada melakukan perbuatan itu. - Sinar Harian
P/S: Tak kurang juga penyokong JDT "penyokong JDT membakar sekurang-kurangnya 98 thunder flare dan dua bom asap"
0 comments:
Post a Comment