Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, June 30, 2013

No Comment


BATU PAHAT 28 Jun - Tiga kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daerah ini terkejut apabila dikenakan bayaran sebanyak RM45 bagi tiga gelas minuman iaitu milo ais, teh o ais dan teh ais ketika menghilangkan dahaga di sebuah restoran berhadapan pintu masuk Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Parit Raja, di sini kelmarin.

Menceritakan semula kejadian itu seorang daripada mereka, Mohd. Hamidi Mad Tap, 37, berkata, pada hari tersebut dia bersama rakannya ditugaskan untuk melakukan pemotongan elektrik terhadap premis yang gagal menjelaskan tunggakan lebih dari tiga bulan menerusi 'Ops Potong'.

Menurutnya, berikutan itu, mereka datang ke restoran terbabit untuk membuat pemotongan bekalan elektrik kerana mempunyai tunggakan sebelum pemiliknya bertindak menjelaskan bayaran setelah dinasihatkan berbuat demikian.

"Kerana telah berada di restoran itu, kami mengambil peluang menghilangkan haus dengan memesan milo ais, teh o ais dan teh ais. Bagaimanapun selepas lelaki yang merupakan pemilik premis pulang daripada menjelaskan bayaran, dia telah memaki-hamun kami.

"Tidak cukup dengan itu, isterinya menyerahkan bil yang menyatakan tiga gelas air kami bernilai RM15 setiap satu dan kesemuanya berjumlah RM45. Saya kemudian terpaksa menjelaskan bayaran tersebut," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Tidak cukup dengan itu, kata Mohd. Hamidi, baki bayaran minuman sebanyak RM5 pula dipulangkan dengan wang syiling 10 sen bagi menyakiti hati dia dan dua rakan sekerjanya walhal nasihat yang diberikan supaya membayar tunggakan adalah supaya mengelakkan bekalan elektrik restoran itu dipotong. - Utusan Online

0 comments:

Post a Comment