Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kualiti udara di seluruh negara pada keseluruhannya adalah baik kecuali 13 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 6 pagi ini.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS) 13 kawasan tersebut ialah Alor Setar, Kangar, Sandakan, masing-masing (52), Bakar Arang (54), Balok Baru (51) dan ILP Miri (57).

Tujuh kawasan lain ialah Limbang (55), Miri (62), Sibu (58), Banting (72), Kuala Selangor (51), Pelabuhan Klang (60) dan Labuan (55).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU di kawasan masing-masing. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment