Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

LOS ANGELES – “Saya masih bergelut untuk memahami bagaimana kekasih dan kawan baik saya sanggup mengakhiri hidupnya dengan cara yang tragis ini.

“Saya tidak akan lupakannya,’’ demikian curahan hati Mick Jagger yang sehingga kini masih mencari jawapan kenapa kekasihnya yang juga pereka fesyen L`Wren Scott membunuh diri.

Kematian Scott juga memaksa Jagger dan Rolling Stone membatalkan tujuh konsert mereka di Australia dan New Zealand.

Mesej dalam talian itu dimuat naik 24 jam selepas Scott yang menjadi kekasih Jagger selama 13 tahun membunuh diri di apartmennya di Manhattan,

Jagger berada di Australia ketika mayat Scott ditemui.

Susulan kematian Scott, Rolling Stone menunda semua konsert jelajahnya yang bermula di Abu Dhabi pada 21 Februari lalu.

Pada masa ini, laman web kumpulan itu menyatakan hanya konsert di Australia dan New Zealand ditunda dan akan menyambung semula pada bulan depan.

Tiada sebarang pengumuman dibuat mengenai tiga konsert akhir iaitu di Netherland, Rome dan Belgium.

Dengan penangguhan konsert berkenaan, kumpulan itu dikatakan mengalami kerugian sekitar $38.5 dolar.

0 comments:

Post a Comment