Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

FLORIDA – Pelanggan di restoran T-Rex yang terletak di dalam kompleks Disney terkejut apabila sebuah akuarium besar bocor ketika mereka sedang menikmati hidangan.

Ia menyebabkan air melimpah ke dalam restoran dan terkena sebahagian pelanggan.

Keadaan ini menyebabkan pelanggan di dalam restoran menjadi kecoh dengan ibu bapa membawa anak-anak mereka melarikan diri.

Sementara pekerja restoran pula terpaksa menggunakan jaring dan bekas kosong untuk menangkap ikan dalam akuarium besar itu.

Menurut seorang pelanggan, Katie Wallace, seluruh restoran menjadi kelam kabut.

“Pekerja restoran melakukan sebaik mungkin untuk menyelamatkan ikan dan hidupan lain dalam akuarium berkenaan.

“Ketika kejadian kami berdiri 20 kaki sahaja dari akuarium itu menyebabkan kami semua basah,’’ katanya.

Restoran itu kembali dibuka selepas pekerja membersihkan kekotoran dan mengeringkan air.

0 comments:

Post a Comment