Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

JIANGXI – Demi mendapatkan sebuah kereta BMW X1, seramai 140 peserta sanggup menyertai pertandingan berdiri sebelah kaki. Akhirnya Wu Qide menjadi lelaki terakhir yang masih berdiri dan berjaya memenangi kereta mewah itu.

Wu berdiri dengan sebelah kaki selama tujuh jam dan 26 minit.

Pertandingan itu agak mencabar bagi peserta, malah ada yang pengsan kerana tidak mempunyai stamina yang kuat.

Ia diadakan dalam tiga peringkat dengan 20 peserta mengambil bahagian pada peringkat akhir.

Pertandingan itu bermula pada 9.30 pagi dan semua 20 peserta diminta memegang kereta itu dengan sebelah tangan sambil berdiri sebelah kaki.

Pada pukul 1.30 petang, penganjur menambahkan lagi cabaran dengan peserta diminta berdiri dengan ibu jari kaki dan penganjur turut menabur tepung di bahagian lantai bagi mengelakkan peserta menipu.

Akhirnya hanya Wu yang menggalas cabaran itu dan memenangi kereta mewah tersebut.

0 comments:

Post a Comment