KUALA LUMPUR – Bekalan air di sebanyak 61 kawasan di sekitar Petaling terputus atau mengalami tekanan rendah berikutan dua kejadian paip Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) bocor berlaku pada pukul 6 petang semalam.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kejadian paip bocor pertama melibatkan paip pengepaman bekalan air ke kolam simpanan air Bukit Dengkil dari kolam simpanan air Bukit Jelutong Baru.
Sementara bagi kejadian kebocoran yang kedua, ia melibatkan paip yang membekalkan air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 3 ke kolam kolam simpanan air Bukit Jelutong Baru.
“Sehingga kenyataan ini disediakan, kerja-kerja membaiki kebocoran pada salah satu paip telah disiapkan sepenuhnya sekitar pukul 6 pagi hari ini.
“Bagaimanapun, operasi pengepaman kolam simpanan air Bukit Dengkil masih tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana paras simpanan air kolam Bukit Jelutong Baru masih belum dapat dipulihkan disebabkan pembaikan kebocoran pada paip masih sedang dilakukan,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla turut memaklumkan, Syabas mengalami kesukaran untuk melakukan kerja-kerja pembaikan paip bocor tersebut disebabkan kedudukan paip sedalam 8 meter dalam tanah, selain proses pengeringan baki air pada paip yang bersaiz besar itu turut mengambil masa yang lama.
Oleh itu, katanya, kerja-kerja pembaikan terbabit dijangka hanya dapat disiapkan sepenuhnya menjelang pukul 6 petang ini dan Syabas akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung dengan perkara itu dari semasa ke semasa.
Beliau berkata, Syabas menjangkakan pemulihan bekalan air secara berperingkat di kawasan yang terjejas mengambil masa yang agak lama kerana proses menstabilkan semula paras simpanan kolam air Bukit Dengkil dan kolam air Bukit Jelutong Baru kini amat terjejas ekoran pengurangan bekalan air terawat disebabkan pengurangan pelepasan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari (JLH) dari Empangan Sungai Selangor di atas arahan Kerajaan Negeri Selangor sejak 24 Februari 2014 lalu.
Untuk makluman, katanya, kolam simpanan air Bukit Dengkil ini mendapat bekalan air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 yang terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat ekoran dari pengurangan pelepasan air mentah tersebut .
Untuk makluman juga, terang beliau, kolam simpanan air Bukit Dengkil merupakan satu-satuya kolam yang membekalkan air ke kolam simpanan air Lapangan Terbang Subang yang mengagihkan bekalan air ke kawasan Subang Jaya.
“Di samping itu, kolam simpanan air Bukit Dengkil juga membekalkan air kepada beberapa kolam perkhidmatan di kawasan lain di sekitarnya,” katanya.
Antara kawasan terjejas adalah seperti berikut:
- Bandar Puchong Jaya
- Seluruh Jalan Kenari Puchong
- Sunway Kinrara
- Hyatt Saujana
- Seluruh Jalan Layang-Layan Puchong
- Sunway Pyramid
- IOI Mall Puchong
- Seluruh KOI Tropika
- Taman Aman Sari Kaswari
- Seluruh Lake Edge Puchong
- Taman Angkasa
- Kem Tentera Kinrara
- Seluruh PJS 1 hingga PJS 11
- Taman Bukit Kinrara
- Kampung Bohol
- Seluruh Puchong Jaya
- Taman Hyatt Saujana
- Kampung Tengah Batu 13 Puchong
- Seluruh Taman Alam Sutera
- Taman Kuchai
- KOI Kinrara
- Seluruh Taman Bukit Kuchai
- Taman Lucky
- Laoangan Terbang Subang
- Seluruh Taman Damai Utama
- Taman Maju Jaya
- Lembah Kinrara
- Seluruh Taman Kandan Baru dan Lama
- Taman Mawar
- Lembah Subang
- Seluruh Taman Kinrara Mas
- Taman O-Lot Temasya
- Perindustrian Bandar Kinrara
- Seluruh Taman LTAT
- Taman Pak Siong
0 comments:
Post a Comment