Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

KUANTAN – “Geli tekak selepas sedar ayam goreng yang dimakan ada telur lalat, memang nak termuntah sebab dah banyak tertelan benda kotor tu,” kata seorang Jurulatih Taekwondo selepas menyedari ayam goreng dalam hidangan nasi goreng ayamnya dipenuhi telur lalat.

Kejadian berkenaan berlaku ketika jurulatih terbabit yang ingin dikenali sebagai Azlan, 31 dan isterinya singgah untuk menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Gambang selepas menghantar anaknya ke klinik kira-kira jam 11 malam, semalam.

“Selepas separuh menikmati nasi goreng yang dihidangkan, isteri saya menyedari ayam goreng dalam pinggannya dipenuhi telur lalat,” katanya.

Terkejut dengan ‘benda’ kotor itu, katanya, beliau turut memeriksa lauknya dan keadaan sama berlaku tetapi mujur belum menghabiskan kesemuanya.

Katanya, mereka berdua mengambil keputusan tidak makan hidangan itu dan meninggalkan meja untuk membuat bayaran.

“Ketika menunggu untuk membuat bayaran isteri saya mengadu perkara itu kepada peniaga berkenaan tetapi mereka seolah-olah tidak bersimpati dengan kami.

“Hanya satu ayam goreng yang dipotong harga sedangkan kedua-dua hidangan ayam dalam pinggan nasi goreng dipenuhi telur lalat,” katanya.

Azlan berkata, beliau tidak bertanya peniaga terbabit mengenai masa ayam goreng itu mula dijual sebaliknya terus membayar dan meninggalkan kaunter kerana tidak mampu menahan loya.

“Kedua-dua ketul ayam itu memang ada masalah dan saya tengok bukan hanya di bahagian belakang tulang saja tapi di celah antara kulit dan isi pun banyak telur lalat,” katanya.

Katanya, harga kesemua makanan itu termasuk dua roti canai kosong dan satu roti canai telur berharga RM19.10.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berhati-hati jika menikmati makanan lewat malam kerana hidangan berkenaan mungkin disediakan untuk sarapan atau makan tengah hari dan tidak bertutup. – Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment