Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan akan melakukan audit terhadap perbelanjaan akaun Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebaik sahaja audit ke atas Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) selesai dilakukan.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata beliau dimaklumkan pegawai audit dalaman memerlukan masa lebih kurang dua minggu lagi untuk menyelesaikan audit PKBM.

“Selepas selesai audit dengan PKBM, baru kita buat keputusan mengenai PSM. Baru-baru ini, Presiden PSM Datuk Ahmad Ismail datang berjumpa saya untuk membentangkan laporannya termasuk akaun audit mereka.

“Jadi buat masa sekarang saya masih lagi mengkaji pembentangan dan dokumen tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Kecemerlangan Paralimpik Malaysia di Kg Pandan di sini hari ini.

PSM dihimpit isu peruntukan RM2 juta yang dibangkitkan Kelab Sukan Rekreasi dan Kebajikan Bekas Pemain Sepaktakraw Malaysia yang menggesa Khairy mengambil tindakan yang sama terhadap PSM, selepas menjalankan audit terhadap PKBM sebelum ini.

Kelab berkenaan yang diwakili Presidennya Rommi Suhendra Norsal mempersoalkan perbelanjaan peruntukan oleh PSM.

PSM dibayangi kemelut berpanjangan sejak kegagalan skuad negara di Sukan SEA Myanmar penghujung tahun lalu.

Segelintir bekas pemain negara dan peminat tampil mendesak perubahan dilakukan terhadap kepimpinan tertinggi badan induk berkenaan yang dilihat gagal membangunkan sukan sepak takraw yang pernah diungguli Malaysia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment