Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan biasiswa sumbangan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) kepada 73 murid sekolah rendah dalam tiga kawasan Parlimen di negeri ini.

Baginda yang juga pengerusi YTSP berangkat ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini untuk menyampaikan biasiswa berkenaan kepada 25 murid dari 25 sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan dalam Parlimen Kangar.

Datuk Johari Mohd Darus berkata ini diikuti sekolah Parlimen Arau di SK Kubang Gajah dan sekolah Parlimen Padang Besar di SK Kubang Gajah, yang masing-masing seramai 24 orang dari 24 buah sekolah.

Beliau berkata biasiswa itu adalah amalan tahunan YTSP sejak lebih 10 tahun lepas untuk murid-murid Tahun Dua hingga Tahun Enam, iaitu seorang murid bagi setiap sekolah.

“Murid-murid yang dipilih adalah daripada keluarga susah dan setiap seorang diberi RM35 sebulan sehingga mereka tamat belajar peringkat sekolah rendah,” katanya di sini.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Menteri Besar Azlan Man yang juga timbalan pengerusi YTSP dan
Pengarah Pendidikan Negeri Dun Kasa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment