Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 6, 2014

No Comment

Selepas meraih pelbagai kejayaan di pentas kebangsaan dan antarabangsa, Mohd Ramdan Rosli melangkah setapak lagi apabila bakal beraksi untuk semusim penuh dalam kelas Moto3 di Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV bagi musim 2014 ini.

Sama seperti rakan senior, Hafizh Syahrin Abdullah dimana kedua-duanya dikembangkan bakat di bawah Program Pembangunan Bakat PETRONAS, Ramdan bakal membawa cabaran bersama pasukan PETRONAS AHM MAlaysia.

Ramdan yang mula dikesan bakatnya oleh pengurus, Kenny Chua seawal usia 12 tahun lagi telahpun mencipta pelbagai kejayaan termasuk gelaran juara kebangsaan (Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS) selain turut menempa nama di peringkat antarabangsa dalam Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS dan beberapa siri perlumbaan di China, Taiwan, Indonesia dan Australia.

“Beraksi di Kejuaraan Sepanyol ini merupakan satu peluang besar di dalam karier saya dan saya sangat berbangga serta berterima kasih kepada PETRONAS dan pasukan kerana memberikan saya peluang besar ini. Bukan mudah untuk mendapat peluang ini, malah mutu perlumbaan di sana juga sangat tinggi. Namun, saya tidak sabar untuk memulakan saingan dan pada masa sama membuat persediaan secukupnya termasuk dari segi fizikal dan mental dalam usaha untuk meraih keputusan terbaik di dalam perlumbaaan itu nanti,” jelas Ramdan.

Sementara itu, pengurus pasukan, Kenny Chua memberitahu,” Dengan sokongan penuh yang diterima daripada PETRONAS, kami cukup teruja untuk memulakan cabaran baharu ini dan ini adalah peluang untuk Ramdan menonjolkan kebolehannya. Walaupun masih muda, namun Ramdan telah bekerja keras selama ini, jadi dia sememangnya layak diberikan peluang ini.”

Bercakap tentang sasaran terhadap Ramdan, Kenny berkata, “Beraksi dalam kategori Moto3 merupakan perkara baru buat Ramdan. Dengan pengalaman yang dimiliki sepanjang beraksi dalam kejuaraan tempatan dan luar negara, kami percaya Ramdan mampu memberikan aksi terbaik pada tahun pertamanya di dalam kejuaraan Sepanyol ini. Kami yakin dia akan menggunakan peluang yang diberikan ini sebaik mungkin untuk pergi lebih jauh.”

Pengurus Besar PETRONAS Motorsports, Anita Azrina Abdul Aziz berkata, “Kami gembira melihat Ramdan dapat melangkah lebih jauh dalam perjalanan kariernya. Walaupun ini adalah tahun pertama dia beraksi dalam perlumbaan antarabangsa ini, kami yakin Ramdan akan memberikan aksi terbaik dan menimba pengalaman sebanyak mungkin dan belajar banyak perkara ketika beraksi bersama antara barisan pelumba terbaik di dunia. Kami tanpa ragu-ragu percaya dia mampu meraih kejayaan yang membanggakan.”

Ramdan akan tampil beraksi buat pertama kali dalam Kejuaraan Motosikal Sepanyol CEV pada 6 April 2014 dan telahpun menjalani dua sesi latihan di Litar Valencia dan Aragon di Sepanyol, dimana dia diberi peluang menguji jentera Moto3 Honda FTR dan KTM.

0 comments:

Post a Comment