Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 14, 2014

No Comment

Berpasangan dengan adik iparnya sendiri dalam filem Fobia Malam Pertama, Azad Jasmin mengatakan pada mulanya dia tidak mengetahui akan berlakon di samping adik isterinya iaitu Syafnida Shuhaimi.

Menurutnya yang dipetik Malaysian Digest, Azad berkata, “saya tidak tahu yang dia turut berlakon dalam filem ini sehinggalah saya berjumpanya di set penggambaran. Mulanya saya hairan, kenapa dia berada di situ. Kemudian dia beritahu yang pengarah menghubunginya dan menawarkan dia berlakon. Saya terkejut dan terdiam sekejap masa tu. Tapi kami tiada masalah berlakon bersama”.

Walaupun skrip menuntutnya beraksi intim dengan Syafnida, tapi Azad mengatakan dia tetap menjaga batas-batas dan sensitiviti apabila melakonkan adegan sebegitu.

“Kalau babak romantik itu, kami tak ada masalah melakonkannya tapi saya tetap menjaga batas-batas. Isteri saya Eira, dia memahami dan tak timbul soal cemburu sebab dia pun seorang pelakon,” jelas pelakon kelahiran Pulau Pinang itu lagi.

Fobia Malam Pertama merupakan filem arahan Murali Abdullah dan telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam.



0 comments:

Post a Comment