Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS (DPP) Wilayah Persekutuan meminta kerajaan menjelaskan mengapa Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membiarkan sebuah pesawat tidak dikenali melintasi ruang udara negara tanpa sebarang tindakan diambil dalam kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Timbalan Ketuanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff mendakwa, situasi itu secara tidak langsung memperlihatkan kelemahan protokol keselamatan negara dan boleh mendedahkan kedaulatan negara kepada ancaman.

“Paling utama sepanjang operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini adalah soal keselamatan negara. Kerajaan perlu lebih berhati-hati terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan ini untuk menceroboh kawasan perairan dan ruang udara tanah air,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Media pada 12 Mac lalu melaporkan, Panglima Angkatan Tentera Udara (PTU), Tan Sri Rodzali Daud mengesahkan radar TUDM berjaya mengesan satu pesawat yang tidak dikenali kira-kira pukul 2.15 pagi baru-baru ini pada kedudukan barat laut Pulau Pinang.

Rodzali dipetik sebagia berkata, atas faktor itu pihak TUDM tidak boleh mengesahkan sama ada pesawat berkenaan adalah MH370 atau sebaliknya.

Beliau juga berkata, atas asas itu pihaknya tidak boleh membuat sebarang pengesahan sebalik hanya menyatakan ada kemungkinan pesawat MH370 berpatah balik seperti kenyataannya sebelum ini.

Nurul Islam berkata, penglibatan pelbagai kementerian, jabatan dan agensi bertanggungjawab diperlukandikoordinasi di bawah suatu badan induk bagi memastikan operasi SAR yang lebih berkesan dan paling selamat serta tidak memakan masa terlalu lama.

“Ia juga bagi memastikan maklumat terkini berkenaan kejadian ini tidak bercanggah antara satu sama lain antara pihak yang terlibat dalam operasi ini sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi tidak berasas ditimbulkan dan disebarkan secara berleluasa,” dakwanya.

0 comments:

Post a Comment