Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, March 19, 2014

No Comment

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan, banyak maklumat dalam simulator milik juruterbang pesawat MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah dipadamkan.

Justeru, kaedah forensik kini digunakan bagi mendapatkan semula data yang hilang.

Ahmad Zahid berkata, hal ini tidak bermakna pihak polis menuduh Kapten Zaharie atau mahu memberikan tekanan kepada keluarganya tetapi siasatan perlu dijalankan secara terperinci berdasarkan beberapa kemungkinan.

Sebelum ini, pihak polis telah mengambil simulator penerbangan milik Kapten Zaharie di rumahnya sebelum dilaporkan menemui lima landasan lapangan terbang dalam perisian program simulator tersebut.

Antaranya lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, lapangan terbang markas tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia serta tiga lagi landasan India dan Sri Lanka yang kesemuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter. 

0 comments:

Post a Comment