Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengarahkan semua perlawanan Liga Super malam ini dimulakan dengan bertafakur seminit sebagai menghormati anak kapal dan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang awal hari ini.

“Kita di FAM juga berharap dan berdoa semoga semua penumpang dan juga kru pesawat tersebut selamat,” kata Setiausaha Agung FAM Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi Bernama di sini.

Perlawanan Liga Super hari ini membabitkan lima venue iaitu Stadium Jalan Besar, Singapura; Stadium Darul Makmur, Kuantan; Stadium Perak, Ipoh; Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu dan Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal itu dilapor terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, menuju ke Beijing.

Penerbangan MH370 itu dijadual mendarat di Beijing pada 6.30 pagi.

Sehingga 6 petang ini status pesawat itu belum diketahui. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment