Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

KUANTAN – Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Kancil di persimpangan lampu isyarat dekat Sungai Isap di sini hari ini.

Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ASP Zainalabidin Othman berkata dalam nahas 11.45 pagi itu, Ramli Perang, 81, dikatakan menunggang melintasi jalan ke Batu 3 1/2 dari arah Sungai Isap.

“Pada masa yang sama, kereta terbabit yang datang dari arah Gambang menghala ke Kuantan tidak sempat membrek lalu melanggar mangsa.

“Akibat itu mangsa cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan namun disahkan mati kira-kira 3 petang tadi,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pemandu kereta, Nursaadah Fuyaqibah Mohd Hatta, 20, pelajar Universiti Malaysia Pahang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment