Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 8, 2014

No Comment

SINGAPURA – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bagi melahirkan rasa simpati dan prihatin berhubung pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang dilapor hilang hari ini.

Lee juga menawarkan bantuan republik itu dalam operasi mencari dan menyelamat.

Melalui entri Facebooknya hari ini, Lee berkata: “Bercakap dengan PM Malaysia Najib Razak melalui telefon tengah hari ini untuk menyatakan rasa simpati dan prihatin berhubung pesawat MAS yang hilang, dan menawarkan bantuan kita dalam operasi mencari.

“Harap pesawat dan penumpang akan ditemui tidak lama lagi,” katanya.

Pesawat MH370 itu hilang daripada radar setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 12.41 pagi menuju ke Beijing, China. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Mereka termasuk 38 rakyat Malaysia, tujuh Indonesia, lima India, seorang Rusia dan dua Ukraine.

Tiada warga Singapura dalam pesawat itu.

Sehingga kini, nasib pesawat serta penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment