Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

TERNYATA isu ‘bomoh VIP’, Ibrahim Mat Zain berlarutan sehingga ke sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ia bermula apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia mengenali Ibrahim seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.


Ketua Penerangan PAS itu dilihat cuba menyindir Zahid semasa sesi soalan lisan dengan berkata, kena berhati-hati bercakap dengan Zahid kerana statusnya sebagai khalifah silat dan ‘takut kena tampar macam buaya’.

Sebelum ini, Ibrahim pernah berkata dia mengenali Naib Presiden UMNO itu sebagai guru silat beliau.

Bagaimanapun, sindiran itu dibalas semula dengan sindiran oleh Zahid yang mengatakan dua pengikut Ibrahim yang mendayung dan memegang kelapa itu berasal dari Pokok Sena.


“Saya tidak kenal langsung orang itu, dia memang kenal saya macam saya kenal Pokok Sena, tetapi salah seorang yang dayung dan pegang kelapa itu daripada Pokok Sena, boleh semak tentang itu, saya khuatir guru dia adalah Ahli Parlimen Pokok Sena (Mahfuz).

“Bila saya kata saya tidak kenal, maka saya memang tidak kenal, sebagai ahli politik, musuh yang di luar kita tak nampak,” tegasnya.

Oleh: ELZA

Sumber asal: BNBBC.MY

0 comments:

Post a Comment