Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, March 7, 2014

No Comment
Neymar meledakkan hatrik buat pasukannya, semalam.
TUAN rumah Piala Dunia 2014, Brazil melaungkan amaran buat pencabar lain selepas mudah menundukkan Afrika Selatan, 5-0, dalam aksi persahabatan, awal pagi semalam.

Penyerang lincah Barcelona, Neymar dijulang sebagai wira selepas meledakkan hatrik pada minit ke-41, 46 dan 90.

Dua lagi gol Brazil masing-masing disumbangkan Oscar, m-10, dan Fernandinho, m-79.

Mencapai kemenangan besar, pengendali skuad Samba, Luis Felipe Scolari yang berpuas hati dengan corak permainan anak buahnya menjelaskan tidak mudah untuk menundukkan Afrika Selatan.

“Jumlah jaringan yang besar tidak menggambarkan keseluruhan perlawanan. Afrika Selatan bermain dengan baik.

“Saya terkejut kenapa mereka tidak layak ke Piala Dunia. Pasukan kami hanya dibezakan dengan pemain yang terkenal dan istimewa,” katanya.

Scolari menjelaskan, Brazil kini sudah bersiap sedia untuk berdepan saingan yang lebih hebat dalam aksi Piala Dunia yang membuka tirai Jun nanti.

“Hanya ada beberapa kelemahan yang boleh dibaiki dalam tempoh latihan nanti. Semua pemain sudah bersedia dan kami akan berkembang dengan lebih hebat lagi,” katanya.

0 comments:

Post a Comment