Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, March 16, 2014

No Comment

Los Angeles – Penyanyi rap Amerika Syarikat, Chris Brown ditahan semalam kerana didakwa melanggar syarat yang ditetapkan dalam tempoh percubaannya, berpunca daripada kesalahannya menyerang bekas kekasihnya Rihanna pada 2009.

Laman web hiburan, TMZ melaporkan penyanyi berusia 24 tahun itu ditahan selepas diusir dari pusat pemulihan di Malibu yang menempatkannya selama empat bulan.

Laporan itu menyebut, dia diusir kerana melanggar peraturan pusat berkenaan dan bukan kerana dadah atau berkelakuan ganas.

Dia dikatakan menjalinkan hubungan dengan seorang kakitangan wanita di situ tetapi perkara itu bukan punca dia diarah keluar dari pusat pemulihan berkenaan.

Jabatan Syerif Los Angeles berkata Brown ditahan di Malibu dan diletakkan dalam tahanan di Los Angeles tetapi tidak mendedahkan bagaimana penyanyi itu melanggar syarat percubaannya.

Brown mula ditahan pada Februari 2009 selepas dia menyerang bekas kekasihnya Rihanna.

Dia mengaku bersalah dan dikenakan hukuman lima tahun tempoh percubaan dan khidmat komuniti disamping perlu menjalani sesi kaunseling.

Pihak berkuasa California memfailkan pertuduhan melanggar syarat percubaan terhadapnya tahun lalu yang menyebabkan tambahan 1,000 jam khidmat komuniti yang dikenakan sebelum itu.

Bulan lepas, Hakim mahkamah tinggi Los Angeles, James Brandlin berkata Brown berkelakuan baik sepanjang berada di pusat pemulihan tetapi mengarahkan dia terus berada di situ. -AFP

0 comments:

Post a Comment