Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 13, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Wabak denggi meragut sebanyak lapan nyawa sepanjang minggu lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes kematian itu dicatatkan dari 2 hingga 8 Mac 2014.

“Lapan kematian itu melibatkan enam wanita berusia antara 19 hingga 55 tahun dan dua lelaki berusia 33 dan 42 tahun.

“Tiga kes di Johor, dua di Selangor dan masing-masing satu di Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Noor Hisham berkata, jumlah kes kematian yang dicatatkan dari Januari lalu sebanyak 44 kematian berbanding hanya 11 kematian pada tempoh sama tahun lalu.

Katanya, jumlah keseluruhan kes demam denggi yang dilaporkan pula sebanyak 20,066 kes berbanding cuma 4,760 kes bagi tempoh sama pada tahun 2013.

Beliau dalam pada itu memaklumkan terdapat peningkatan kes denggi dicatatkan di Pulau Pinang meningkat 41 peratus, Pahang (18 peratus) dan Johor (sembilan peratus).

Justeru, Kementerian Kesihatan menyarankan orang ramai supaya melindungi diri dari gigitan nyamuk dengan menggunakan repellen terutama di waktu nyamuk aktif iaitu pada pukul 5 hingga 7 pagi dan 5 hingga 7 petang.

Masyarakat juga digalakkan menggunakan semburan areosol terutama di dalam rumah bagi membunuh nyamuk dewasa.

0 comments:

Post a Comment