Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, March 29, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menguatkuasakan kutipan duti antilambakan, mulai esok selama lima tahun, ke atas papan fiber simen (FCB) dari Thailand.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) berkata, duti antilambakan itu akan dikenakan ke atas import FCB oleh syarikat berikut:

Mahaphant Fibre-Cement Public Co Ltd (31.14 peratus), The Siam Fibre-Cement Co Ltd (9.15 peratus), Conwood Co Ltd (tiada) dan lain-lain (31.14 peratus).

Kerajaan memulakan siasatan antilambakan ke atas FCB pada 2 Julai 2013, selepas petisyen difailkan oleh Hume Cemboard Industries Sdn Bhd, kata Miti dalam satu kenyataan.

Pempetisyen mendakwa pengimportan FCB yang berasal atau dieksport dari Thailand, diimport ke Malaysia pada harga yang lebih rendah berbanding di Thailand.

“Pempetisyen juga mendakwa keadaan ini menyebabkan kemudaratan ke atas industri domestik di Malaysia,” kata Miti. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment