Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) yang seterusnya dijangka dimulakan pada suku kedua tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Beliau berkata, setakat ini pelaksanaannya dimulakan dengan fasa perintis menerusi penubuhan dua PI1M yang beroperasi sejak Mac tahun lepas iaitu di PPR Sri Pantai dan PPR Kerinchi.

“Berdasarkan kepada rekod penggunaan Internet dan perkhidmatan Wi-fi percuma dari Mac 2013 hingga Januari tahun ini, sebanyak 15,000 penduduk di PPR berkenaan dan kawasan berhampiran telah mendapat manfaat daripada projek ini,” katanya menjawab soalan Datuk Seri Ong Ka Chuan (BN-Tanjong Malim) dalam Persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Ka Chuan ingin tahu perancangan kementerian dalam meluaskan liputan Wi-fi percuma di kawasan yang diduduki golongan miskin seperti rumah pangsa dan kawasan rumah kos rendah.

Jailani berkata, sebanyak 100 PI1M akan dibangunkan di kawasan perumahan rakyat di bandar utama yang dilengkapi dengan peralatan dan kemudahan ICT terkini serta perkhidmatan Internet jalur lebar berkelajuan tinggi.

“Kementerian berharap dengan pembinaan PI1M membolehkan golongan yang berpendapatan rendah dapat menikmati kemudahan perkhidmatan Internet termasuk mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah,” katanya.

PI1M juga akan dibina di kawasan luar bandar iaitu sebanyak 50 unit dengan peruntukan dianggar berjumlah RM330 juta. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment