Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 17, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Kejayaan dan pengikhtirafan antarabangsa Klinik Cure&Care 1 Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk merawat kebergantungan dadah telah diketengahkan pada Sesi ke-57 Suruhanjaya Narkotik dan Dadah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (CND) di Vienna, Austria.

residen Majlis AIDS Malaysia (MAC),Datuk Dr Raj Karim dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar di dalam ucapannya di sesi itu menyatakan kerajaan kini bekerjasama dengan MAC untuk memperkenalkan ubat-ubatan kepada tahanan polis, terutamanya ubat antiretroviral untuk pengidap HIV dan metadon.

Beliau berkata MAC memaklumi dan memuji kenyataan Wan Junaidi yang menunjukkan komitmen kerajaan untuk meningkatkan capaian rawatan pesakit HIV dan rawatan perubatan untuk mereka yang menggunakan dadah.

“Kami rasa gembira dengan respons berterusan kerajaan terhadap HIV dan ubatan berdasarkan bukti saintifik, ketika kami mahu meningkatkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan undang-undang dan pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Sesi CND PBB itu adalah acara tahunan yang diadakan di pejabat PBB di Vienna yang menghimpunkan wakil-wakil kerajaan dari seluruh dunia untuk membincangkan perkembangan di dalam undang-undang dadah dan polisi seluruh dunia serta dalam negara masing-masing.

Ia memainkan peranan penting sebagai satu daripada badan PBB dengan tanggungjawab utamanya dalam soal kawalan dadah dan sesi kali ini akan tamat pada 21 Mac ini.

Sesi CND kali ini turut disertai oleh Timbalan Pengarah Narkotik Polis Diraja Malaysia Jamaludin Kudin, Timbalan Pendakwa Raya dari Jabatan Peguam Negara Evawani Farisyta Mohammad dan Duta Malaysia ke Austria Datuk Selwyn Das dan Pengurus Polisi MAC Fifa Rahman yang merupakan sebahagian daripada anggota perwakilan negara. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment