Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, March 24, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Semua talian sambungan telefon di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akan mengalami gangguan sehingga 31 Mac depan.

HKL dalam satu kenyataan di sini Isnin berkata gangguan yang bermula pada Isnin lepas itu sepatutnya berakhir hari ini tetapi terpaksa dilanjutkan ekoran masalah teknikal Ibu Sawat Telefon (Saluran Komunikasi PABX).

“Gangguan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan blok parkir bertingkat bersebelahan bangunan ibu sawat itu dijalankan,” katanya.

Mereka yang berurusan dengan klinik atau jabatan di HKL boleh menggunakan talian terus atau menyambung talian kepada klinik atau jabatan berkenaan.

Nombor-nombor HKL yang boleh dihubungi ialah 03-2615 5371, 03-2615 5372, 03-2615 5374, 03-2615 5375, 03-2615 5376 dan 03-2615 5377.

Orang ramai boleh menghubungi Kaunter Informasi dan Pertanyaan HKL menerusi talian 03-2615 6361, 03-2615 6391 dan 03-2615 6393 untuk mendapat keterangan lanjut. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment