Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 20, 2014

No Comment

MANCHESTER – Robin van Persie meledak hatrik untuk membawa Manchester United ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan Olympiakos 3-0 di Old Trafford, awal pagi ini.

United meneruskan kemaraan dengan kemenangan agregat 3-2 selepas tewas 2-0 pada pertemuan pertama.

Penyerang Belanda itu menyempurnakan penalti pada minit ke-25 dan gol kedua sebelum tamat separuh masa pertama.

Persie meletakkan United gol yang memisahkan kedua-dua pasukan menerusi tendangan percuma pada minit ke-52.

Ia adalah kemenangan berharga buat pengurus, David Moyes, yang kedudukannya terumbang-ambang dan di ambang pemecatan selepas United rebah 3-0 kepada Liverpool, hujung minggu lalu sekali gus jatuh di tangga ketujuh liga.

Kemaraan United juga menyaksikan hanya dua lagi kelab dari England mara dalam lapan pasukan terakhir selain Chelsea. -AP

0 comments:

Post a Comment