Buat pengetahuan anda, telefon pintar pertama yang menggunakan sistem operasi android secara komersial ialah Dream HTC, dikeluarkan pada 22 Oktober 2008.
Walaupun menjadi pendahulu kepada syarikat-syarikat telefon lain yang menggunakan sistem operasi yang sama, ia mungkin dibayangi oleh syarikat gergasi lain seperti Apple Iphone dan Samsung Galaxy yang telah menenggelamkan kebanyakan syarikat telefon pintar yang lain daripada segi jualan di pasaran.
Apa yang bagusnya ialah HTC tidak mengalah!
Baru-baru ini, HTC telah melancarkan model terbaru telefon Android mereka iaitu HTC One (M8) di New York yang turut disiarkan secara langsung menerusi dalam talian untuk tontonan seluruh dunia.
Ia mungkin di antara telefon pintar yang terbaik di kalangan telefon pintar yang lain. Telefon Android tersebut akan menjadi telefon utama mereka dan merupakan model susulan HTC One (M7) sebelum ini yang berjaya merangkul beberapa anugerah sebelum ini.
Peranti terbabit akan dipasarkan di pasaran dunia dalam beberapa minggu lagi.
Perisian yang ada telah dikemaskini dengan beberapa ciri-ciri tambahan terbaharu. HTC One kini mempunyai reka bentuk logam seperti tahun lepas, tetapi ia lebih kukuh dan selesa berbanding peranti sebelum ini.
Di bahagian sisi model ini terdapat lengkungan yang seakan produk Ipad Apple yang terbaru untuk membolehkan gengaman menjadi lebih selesa.
Model terbaru ini dilengkapi dengan versi HTC Sense terbaru Sense 6 selain mempunyai ciri Smart Sensor Hub yang membuatkan telefon berkenaan seakan-akan mempunyai deria keenam. Contohnya anda boleh melakukan beberapa arahan tanpa memerlukan anda menyalakan skrinnya. Dengan melakukan beberapa contengan corak tertentu pada skrin akan ‘membangunkan’ telefon. Mengangkat telefon ke telinga sewaktu ianya menerima panggilan secara automatik akan menjawab panggilan tersebut.
Melakukan dua kali ketukan pada skrin juga dapat menyalakan dan memadamkan skrin telefon.
Terdapat juga aksesori HTC Dot View Case yang merupakan pelindung skrin dan badan telefon dwi fungsi yang dapat memaparkan informasi seperti waktu, notifikasi, cuaca dan sebagainya dalam bentuk paparan LED Dot matrix padanya.
Telefon ini turut dilengkapi dengan spesifikasi terkini seperti dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.3 GHz (empat teras) CPU Krait yang dilengkapi sepenuhnya dengan sokongan rangkaian 4G LTE malah ianya turut dilengkapi dengan terbaru Android iaitu Android 4.4, KitKat.
Untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini anda boleh ke laman sesawang HTC.
Sumber: www.htc.com
0 comments:
Post a Comment