Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, March 27, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – TF Value Mart Sungai Siput, Perak menawarkan harga serendah RM1.50 bagi sekilogram tomato.

Harga yang dipaparkan di portal 1Pengguna bagi produk ini berbeza di beberapa tempat seperti RM1.99 di Econsave Desa Cemerlang Tebrau, Johor.

Di Pasar Awam Bahau, Negeri Sembilan produk yang sama dijual pada harga RM3 sekilogram manakala harga yang sedikit tinggi dilihat di Pasar Besar Wilayah Persekutuan Labuan dengan RM4 sekilogram.

Selain itu, Ketam Renjung dan Bunga bersaiz sederhana dijual dengan harga rendah iaitu RM13 sekilogram di Pasar Basah Kudat, Sabah dan RM15.99 sekilogram di Giant Hypermarket Taman Permata, Kuala Lumpur.

Ketam yang sama dijual pada harga RM18 sekilogram di Pasar Pekan Sik, Kedah dan di Mydin Mall Kuala Terengganu pada harga RM24.99 sekilogram.

Tembikai Merah berbiji pula boleh didapati dengan harga serendah RM1.49 sekilogram di Giant Kuantan, Pahang dan di E-mart Supermarket Miri, Sarawak pula dengan harga RM2.50 sekilogram.

Buah yang sama berharga RM2.90 sekilogram di Pasaraya Gama, Tanjong, Pulau Pinang dan RM4.99 sekilogram di Cold Storage Presint 16, Putrajaya.

Bagi setiap 500 gram tepung beras berbungkus ia dijual pada harga RM1.60 di Fresco Merlimau, Melaka dan Pasaraya Mutiara Ambar Simpang Empat, Perlis pada harga RM3.

Sementara itu, Tesco Kota Baharu, Kelantan dan Mydin Selayang, Selangor meletakkan harga yang sama iaitu RM1.80 untuk 500 gram tepung beras itu.

Untuk membuat perbandingan harga atau mengetahui harga barangan dan pelbagai lagi di lokasi yang berlainan, pengguna boleh memanfaatkan aplikasi Pricewatch di portal www.1pengguna.com. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment